Saturday, July 24, 2010

Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery di Promosi Kerja Kahwin 2010




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery akan menyertai Pameran Promosi Kerja Kahwin 2010 yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Pameran ini dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia yang berlangsung selama 10 hari iaitu dari 24hb Julai hingga 2hb Ogos 2010.

Kepada anda yang ingin melangsungkan perkahwinan bolehlah datang ke Pameran Promosi Kerja Kahwin 2010 kerana Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery ada mengadakan promosi jualan dengan potongan harga menarik serta pakej kepada bakal pengantin.

Selain itu kami juga ada Coklat Raya yang dijual di Kompleks Kraf ini. Datanglah beramai-ramai ke Promosi Kerja Kahwin 2010.

Jumpa di sana ya!

Tempat: Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

No Booth: KM01

Tarikh: 24hb Julai - 2hb Ogos 2010

Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Masuk adalah PERCUMA

Monday, July 05, 2010

Coklat Raya oleh Grandeur Chocolate kini kembali. Pengedar Diperlukan Dengan Segera!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PERHATIAN: Kepada anda yang memang serius untuk berniaga seperti mempunyai kiosk atau booth di Bazaar Ramadhan, kami ada Pakej Pemborong yang lebih sesuai untuk anda. Sila maklumkan kepada kami jika berminat dan kami akan emailkan manual pemborong.

Di atas permintaan ramai, Coklat Raya kini kembali. Di bawah adalah senarai produk coklat raya dari Grandeur Chocolate. Produk coklat raya kami diperbuat daripada coklat berkualiti premium. Dijamin 100% sedap & HALAL!!

Sila klik untuk besarkan


Sila klik untuk besarkan



TAWARAN ISTIMEWA UNTUK BAKAL EJEN !!! PENDAFTARAN PERCUMA!!!

Kepada 50 ejen terawal, bayaran yang dikenakan cuma RM 120.00 merangkumi :
* Yuran pendaftaran PERCUMA = RM 0
* Sample coklat ( 6 bekas, 1 bekas setiap jenis )
* Flyer sebanyak 50 keping
* Termasuk Caj penghantaran sample ke tempat anda ( untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi Sabah & Sarawak, harga adalah berbeza.Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut )

Untuk ejen yang ke-51 dan seterusnya, yuran pendaftaran yang minima akan dikenakan iaitu sebanyak RM 50.00 sahaja. Jumlah kesemuanya menjadi RM 170.00.

Bagi proses pendaftaran, sila nyatakan butir-butir berikut dan emelkan ke sales@coklat.my:
1. Nama
2. Nombor untuk dihubungi
3. Alamat email
4. Alamat Pos ( untuk proses penghantaran )*

Pendaftaran ejen 50 terawal masih dibuka. Jika berminat menjadi ejen, sila buat pembayaran RM120.00 ke akaun Maybank seperti dibawah:

Nama: AOM Food Industries
No. Akaun: 562553403346

*Kos penghantaran produk yang ditempah ditanggung oleh ejen.


Terima kasih.