Wednesday, June 23, 2010

Grandeur Chocolate di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2010)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai pameran The 7th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2010) yang diadakan di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC). MIHAS 2010 dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Pameran MIHAS 2010 ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 23hb hingga 27hb Jun 2010 dan akan disertai oleh lebih 500 buah syarikat daripada lebih 20 buah negara.

MIHAS 2010 merupakan pameran Halal antarabangsa yang terbesar di dunia dan juga pameran makanan & minuman (F&B) yang terbesar di Malaysia, menjadi satu kemestian kepada para penggemar makanan Halal untuk mengunjungi pameran ini. Pelbagai jenis barangan & makanan Halal dijual di sini.




Tempat: MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC)

No Booth: G169

Tarikh: 23hb hingga 27hb Jun 2010

Masa: 10.00 pagi - 7.00 malam

Masuk adalah PERCUMA


Sila klik untuk besarkan

Thursday, June 17, 2010

Grandeur Chocolate di Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 yang julung kali diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung selama 5 hari iaitu dari 16hb hingga 20hb Jun 2010.

Ekspo Beli Barangan Malaysia merupakan pameran "Kempen Beli Barangan Malaysia" yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh KPDNKK. Pelbagai produk buatan Malaysia yang berkualiti dengan potongan harga menarik boleh didapati di pameran ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010.

Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)

No Booth: 45, Hall 4

Tarikh: 16hb hingga 20hb Jun 2010

Masa: 10.00 pagi hingga 9.00 malam

Masuk adalah PERCUMA



Wednesday, June 09, 2010

PENGUMUMAN PENTING !!!

Assalamualaikum / Salam sejahtera kepada para pengunjung & pelanggan yang dihormati.

Di sini ingin kami maklumkan bahawa tempahan kek @ cupcake bagi bulan JUN telah ditutup. Tempahan akan dibuka semula selepas itu.

Bagi produk coklat, tempahan berjalan seperti biasa. Sila buat tempahan lebih awal.

Terima kasih.

Tuesday, June 01, 2010

Meet Grandeur Chocolate at Malaysia 2nd Chocolate Fair 2010


Dear viewers and customers,

Grandeur Chocolate will take part in Malaysia 2nd Chocolate Fair which will be held at Expo@Danga City Mall from 4th to 6th June 2010.

There will be lots of great offers for all of you out there. So, come and join us and don't forget to bring along all your friends and relatives!!

See you there!!!


Venue : Expo@Danga City Mall

Booth no : 31

Date : 4th to 6th June 2010

Time : 11.00am to 9.00pm

Admission : FREE