Thursday, June 17, 2010

Grandeur Chocolate di Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 yang julung kali diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC). Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung selama 5 hari iaitu dari 16hb hingga 20hb Jun 2010.

Ekspo Beli Barangan Malaysia merupakan pameran "Kempen Beli Barangan Malaysia" yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh KPDNKK. Pelbagai produk buatan Malaysia yang berkualiti dengan potongan harga menarik boleh didapati di pameran ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010.

Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC)

No Booth: 45, Hall 4

Tarikh: 16hb hingga 20hb Jun 2010

Masa: 10.00 pagi hingga 9.00 malam

Masuk adalah PERCUMA



No comments: