Wednesday, October 27, 2010

Grandeur Chocolate di Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara yang julung kali diadakan di Penang International Sports Arena (PISA). Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 29hb hingga 31hb Oktober 2010.

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara merupakan pameran "Kempen Beli Barangan Malaysia" yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh KPDNKK di utara. Pelbagai produk buatan Malaysia yang berkualiti dengan potongan harga menarik boleh didapati di pameran ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010 Zon Utara.

Tempat: Penang International Sports Arena (PISA)

No Booth: 129

Tarikh: 29hb hingga 31hb Oktober 2010

Masa: 10.00 pagi hingga 9.00 malam

Masuk adalah PERCUMA


No comments: