Saturday, February 14, 2009

Suasana ketika i-Fest'09 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sekali lagi booth Marvelcakes telah menjadi tumpuan ketika berlangsungnya Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-Fest'09) yang julung kali diadakan di Mid Valley Exhibition Centre. Festival yang berlangsung selama 5 hari ini berjaya menarik hampir 1 juta orang pengunjung. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan setia dan pengunjung yang mengunjungi booth kami. Sokongan anda semua telah membawa Marvelcakes ke arah tahap yang lebih tinggi.

Di atas permintaan ramai, Marvelcakes telah membuka pendaftaran untuk Kursus Asas Menghias Cupcake & Kursus Asas Coklat Buatan Tangan sepanjang berlangsungnya i-Fest'09. Sambutan yang diterima adalah amat di luar jangkaan. Kami berjaya menarik lebih 100 orang untuk mengikuti kursus yang akan bermula pada bulan Mac 2009. Setiap kelas akan dikenakan sebanyak RM250.00 seorang. Bahan-bahan dan peralatan akan disediakan. Kursus ini akan diadakan secara praktikal dan peserta kursus akan membawa pulang hasil kerja tangan mereka. Pendaftaran kursus telah ditutup buat masa ini dan akan dibuka semula sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, tanpa diduga kami telah menerima anuge
rah dari pihak penganjur i-Fest'09 iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Anugerah yang diterima ialah Skim Anugerah Jejak Jaya Bagi Tahun 2009 di bawah nama syarikat iaitu AOM Food Industries. Anugerah ini merupakan pengiktirafan oleh YaPEIM kepada kami sebagai salah satu syarikat yang berjaya dan berdaya maju. Dibawah adalah salinan daripada sijil pengiktirafan yang diterima oleh kami:


Seterusnya ialah gambar-gambar booth Marvelcakes ketika i-Fest'09
:

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
Kak Chom & Kak Rosma, staff kami yang rajin.


Photobucket
Staff 'part-time' kami yang setia menjaga booth.


Photobucket
Kunjungan Dato' Dr Mashitah Ibrahim ke booth kami.


Photobucket
Bertukar kad dengan Pengurus Besar Alaf21 Sdn Bhd, En Nordin Mohamad


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


No comments: