Sunday, February 15, 2009

Cupcakes for Sale!!!

Cupcakes for SALE!!!
Pick-up Location: Sembang-Sembang Cafe,
Lower Ground, The Mall
Date: 15 - 16 February 2009
Time: 11.00am - 7.00pm

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Saturday, February 14, 2009

Marvelcakes di Sembang Cafe di The Mall

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

Baru-baru ini, kami telah mendaftar menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Banyak faedah rupanya bila menjadi ahli PPIM ni. Sila lawati website PPIM di http://www.muslimconsumer.org
Marvelcakes telah dipelawa untuk membuka booth di salah satu premis milik ahli PPIM iaitu Sembang Cafe di Lower Ground The Mall Kuala Lumpur. Menariknya, Sembang Cafe bukan setakat cafe, tetapi sebagai hub atau pusat pengumpulan & pengedaran produk-produk keluaran ahli PPIM. Pelbagai produk dan barangan menarik boleh didapati di sini.


Marvelcakes ingin menjemput semua untuk singgah ke booth kami di Sembang Cafe pada 15hb hingga 16hb Februari 2009. Potongan harga menarik bagi setiap produk kami. Jumpa di sana ya!

Tempat : Sembang Cafe, Lower Ground, The Mall Kuala Lumpur

Tarikh: 15hb - 16hb Februari 2009

Masa: 11.00 pagi hingga 7.00 malam




Suasana ketika Gerak Usahawan Nasional 2009 di PWTC

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

Setelah 2 minggu berlalunya i-Fest'09, Marvelcakes telah menyertai pula pameran Gerak Usahawan Nasional 2009 (GUN09) di PWTC di bawah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD). Pameran yang diadakan adalah selama 3 hari iaitu dari 6hb hingga 8hb Februari 2009.

Alhamdulillah, kami bersyukur ditempatkan di Dewan Tun Razak 3 PWTC. Maklumat yang kami perolehi mengatakan bahawa Dewan Tun Razak 3 merupakan dewan pameran yang paling meriah dan paling ramai dikunjungi oleh orang ramai di sepanjang berlangsungnya GUN09 ini. Mungkin kerana itu, booth kami sentiasa dikunjungi dan dipenuhi oleh pengunjung. Prestasi jualan juga amat menggalakkan. Rekod hasil jualan telah tercatat di GUN09. Sekali lagi terima kasih kami ucapkan kepada anda semua.

Di bawah adalah gambar-gambar booth Marvelcakes ketika GUN09:

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Suasana ketika i-Fest'09 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, sekali lagi booth Marvelcakes telah menjadi tumpuan ketika berlangsungnya Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-Fest'09) yang julung kali diadakan di Mid Valley Exhibition Centre. Festival yang berlangsung selama 5 hari ini berjaya menarik hampir 1 juta orang pengunjung. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan setia dan pengunjung yang mengunjungi booth kami. Sokongan anda semua telah membawa Marvelcakes ke arah tahap yang lebih tinggi.

Di atas permintaan ramai, Marvelcakes telah membuka pendaftaran untuk Kursus Asas Menghias Cupcake & Kursus Asas Coklat Buatan Tangan sepanjang berlangsungnya i-Fest'09. Sambutan yang diterima adalah amat di luar jangkaan. Kami berjaya menarik lebih 100 orang untuk mengikuti kursus yang akan bermula pada bulan Mac 2009. Setiap kelas akan dikenakan sebanyak RM250.00 seorang. Bahan-bahan dan peralatan akan disediakan. Kursus ini akan diadakan secara praktikal dan peserta kursus akan membawa pulang hasil kerja tangan mereka. Pendaftaran kursus telah ditutup buat masa ini dan akan dibuka semula sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, tanpa diduga kami telah menerima anuge
rah dari pihak penganjur i-Fest'09 iaitu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Anugerah yang diterima ialah Skim Anugerah Jejak Jaya Bagi Tahun 2009 di bawah nama syarikat iaitu AOM Food Industries. Anugerah ini merupakan pengiktirafan oleh YaPEIM kepada kami sebagai salah satu syarikat yang berjaya dan berdaya maju. Dibawah adalah salinan daripada sijil pengiktirafan yang diterima oleh kami:


Seterusnya ialah gambar-gambar booth Marvelcakes ketika i-Fest'09
:

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
Kak Chom & Kak Rosma, staff kami yang rajin.


Photobucket
Staff 'part-time' kami yang setia menjaga booth.


Photobucket
Kunjungan Dato' Dr Mashitah Ibrahim ke booth kami.


Photobucket
Bertukar kad dengan Pengurus Besar Alaf21 Sdn Bhd, En Nordin Mohamad


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket