Saturday, August 21, 2010

Grandeur Chocolate di Promosi Kraf Aidilfitri 2010

Sila klik untuk besarkan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai Pameran Promosi Kraf Aidilfitri 2010 yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Pameran ini dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia yang berlangsung selama 12 hari iaitu dari 20hb Ogos hingga 31hb Ogos 2010.

Kepada anda yang ingin membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, dijemput datang ke Pameran Promosi Kraf Aidilfitri 2010 kerana Grandeur Chocolate ada mengadakan promosi jualan untuk Coklat Raya.

Jumpa di sana ya!

Tempat: Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

No Booth: BR34

Tarikh: 20hb Ogos - 31hb Ogos 2010

Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Masuk adalah PERCUMA

Monday, August 16, 2010

KOLEKSI COKLAT RAYA DARI GRANDEUR CHOCOLATES


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Di atas permintaan ramai, Coklat Raya kini kembali. Di bawah adalah senarai produk coklat raya dari Grandeur Chocolate. Produk coklat raya kami diperbuat daripada coklat berkualiti premium. Dijamin 100% sedap & HALAL!!

Sila klik untuk besarkan

Untuk membuat tempahan/pembelian, anda boleh datang terus ke premis kami yang terletak di Selayang Utama ataupun tempah secara 'online' dengan menghantar emel ke sales@coklat.my


Terima kasih.




Friday, August 13, 2010

Grandeur Chocolate, Coklat.my & Marvelcakes Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dengan rasa rendah diri kami mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak & Selamat menjalani ibadah Puasa. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan ikhlas & manfaatkan sepenuhnya keberkatan dan kebaikan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Amin.

Ikhlas dari kami di Grandeur Chocolate, Coklat.my & Marvelcakes

Sunday, August 08, 2010

KURSUS PEMBUATAN COKLAT KINI KEMBALI !!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di atas permintaan ramai dari pengunjung blog/kedai kami, kini GRANDEUR CHOCOLATES bakal menganjurkan semula KURSUS PEMBUATAN COKLAT. Berikut adalah butiran mengenai kursus tersebut :-


1. Tarikh : 17 @ 18 @ 19 Ogos 2010 ( sila pilih 1 hari sahaja )

2. Lokasi kursus : Kilang GRANDEUR CHOCOLATES di Selayang Utama.

3. Waktu : 10.30 pagi hingga 3.00 petang ( anggaran waktu )

4. Yuran : RM 300.00 sahaja ( diskaun 10% bagi mereka yang membawa peserta lain )

5. Peralatan yang perlu dibawa : pen/kertas untuk catatan, kain lap,apron dan bekas kosong ( utk diisi dengan coklat yang akan dihasilkan semasa kursus nanti )



MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI KURSUS ANJURAN KAMI ?
- Tenaga pengajar kursus ( Puan Aimilia Omar ) merupakan usahawan coklat sepenuh masa dengan pengalaman hampir 3 tahun ;
- Tempat kursus yang selesa dan berhawa dingin ( bukan di rumah ) ;
- Para peserta akan diajar menghasilkan coklat dengan teknik-teknik yang betul agar dapat menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti.


APA YANG AKAN ANDA PELAJARI SEMASA KURSUS ?
- Anda akan diajar menghasilkan coklat menggunakan couverture ( coklat tulen ) melalui kaedah 'tempering' di atas 'marble slab'.

- Kaedah-kaedah lain yang akan dipelajari :
1. Moulding ( pengacuan )
2. Shell ( pembentukan kulit untuk diisikan inti )
3. Enrobing ( penyalutan )
4. Cluster
5. Membuat inti

Pendaftaran perlu dibuat 1 minggu sebelum tarikh kursus yang dipilih.

Untuk pendaftaran kursus, sila smskan @ emelkan nama dan tarikh kursus ke 017-6352432 / sales@coklat.my .

Pembayaran boleh dibuat ke akaun MAYBANK 562553403346 ( AOM Food Industries).
* Sila emel/sms kami semula setelah pembayaran dibuat.

Tuesday, August 03, 2010

Meet Grandeur Chocolate at Pameran Ekonomi Islam Pantai Timur 2010




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Coklat.my & Grandeur Chocolate will take part in Pameran Ekonomi Islam Pantai Timur 2010 (PEIPT 2010) which will be held at Kelantan Trade Centre from 6-7 August 2010. There will be lots of chocolates including our Coklat Raya for all of you there!
So, come and join us and don't forget to bring along all your friends and relatives! See you there!!
...
What is PEIPT 2010?
Pameran Ekonomi Islam Pantai Timur 2010 is an inaugural promotion program in Malaysia that provides a platform for both consumer and financial provider to discuss on Islamic financial products.. It will act as a one stop centre that gather Islamic banks, Takaful operator, financial institutions and associations that will features their financial products and investment opportunity based on Islamic principle which will benefit consumers. The program will also include a section on Islamic entrepreneurship which will be headed by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
It is estimated around 20 entrepreneurs under the wings of PPIM will also participate and showcase their products and services in this program, making a total expected participants between the Islamic financial institutions and entrepreneurs at 60 participants.




Click to enlarge