Monday, August 08, 2011

Promosi Harga Runtuh Coklat Raya di Jom Beli Barang Raya @Putrajaya 2011





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai Jom Beli Barang Raya @Putrajaya 2011 yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. Lokasi ialah bersebelahan dengan bangunan MOF dan berhadapan dengan Bazaar Ramadhan Putrajaya. Jom Beli Barang Raya @Putrajaya 2011 dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang berlangsung selama 5 hari iaitu dari 10hb hingga 14hb Ogos 2011.

Ekspo ini diadakan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Dapatkan Coklat Raya Grandeur iaitu Coklat Kurma, Coklat Badam, Coklat Emping Jagung dan Coklat Bertih Beras dengan harga runtuh sepanjang berlangsungnya ekspo ini. Datanglah beramai-ramai ke booth kami ya!
Tempat: Presint 2, Putrajaya

Booth No: 346


Tarikh: 10hb hingga 14hb Ogos 2011


Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam


Masuk adalah PERCUMA



Lokasi Booth
Sila klik untuk besarkan