Sunday, August 08, 2010

KURSUS PEMBUATAN COKLAT KINI KEMBALI !!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di atas permintaan ramai dari pengunjung blog/kedai kami, kini GRANDEUR CHOCOLATES bakal menganjurkan semula KURSUS PEMBUATAN COKLAT. Berikut adalah butiran mengenai kursus tersebut :-


1. Tarikh : 17 @ 18 @ 19 Ogos 2010 ( sila pilih 1 hari sahaja )

2. Lokasi kursus : Kilang GRANDEUR CHOCOLATES di Selayang Utama.

3. Waktu : 10.30 pagi hingga 3.00 petang ( anggaran waktu )

4. Yuran : RM 300.00 sahaja ( diskaun 10% bagi mereka yang membawa peserta lain )

5. Peralatan yang perlu dibawa : pen/kertas untuk catatan, kain lap,apron dan bekas kosong ( utk diisi dengan coklat yang akan dihasilkan semasa kursus nanti )



MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI KURSUS ANJURAN KAMI ?
- Tenaga pengajar kursus ( Puan Aimilia Omar ) merupakan usahawan coklat sepenuh masa dengan pengalaman hampir 3 tahun ;
- Tempat kursus yang selesa dan berhawa dingin ( bukan di rumah ) ;
- Para peserta akan diajar menghasilkan coklat dengan teknik-teknik yang betul agar dapat menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti.


APA YANG AKAN ANDA PELAJARI SEMASA KURSUS ?
- Anda akan diajar menghasilkan coklat menggunakan couverture ( coklat tulen ) melalui kaedah 'tempering' di atas 'marble slab'.

- Kaedah-kaedah lain yang akan dipelajari :
1. Moulding ( pengacuan )
2. Shell ( pembentukan kulit untuk diisikan inti )
3. Enrobing ( penyalutan )
4. Cluster
5. Membuat inti

Pendaftaran perlu dibuat 1 minggu sebelum tarikh kursus yang dipilih.

Untuk pendaftaran kursus, sila smskan @ emelkan nama dan tarikh kursus ke 017-6352432 / sales@coklat.my .

Pembayaran boleh dibuat ke akaun MAYBANK 562553403346 ( AOM Food Industries).
* Sila emel/sms kami semula setelah pembayaran dibuat.

No comments: