Saturday, May 02, 2009

Grandeur Chocolate @ Marvelcakes di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 09)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate @ Marvelcakes akan menyertai pameran The 6th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 09) yang diadakan di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC). MIHAS 09 dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Pameran MIHAS 09 ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 6hb hingga 10hb Mei 2009 dan akan disertai oleh lebih 500 buah syarikat daripada lebih 20 buah negara.

MIHAS 09 merupakan pameran Halal antarabangsa yang terbesar di dunia dan juga pameran makanan & minuman (F&B) yang terbesar di Malaysia, menjadi satu kemestian kepada para penggemar makanan Halal untuk mengunjungi pameran ini. Pelbagai jenis barangan & makanan Halal dijual di sini.

Di booth kami pula, kami akan memperkenalkan produk baru bagi Grandeur Chocolate iaitu:
1. Grandeur Premium Chocolate Bar 25g
2. Grandeur Lite Chocolate Bar 25g
3. Grandeur Premium Chocolate Bar 50g
4. Grandeur Lite Chocolate Bar 50g
5. Grandeur Milk Chocolates with Strawberry Filling (6pcs)
6. Grandeur Milk Chocolates with Orange Filling (6pcs)
7. Grandeur Milk Chocolates with Lemon Filling (6pcs)
8. Grandeur Milk Chocolates with Mint Filling (6pcs)


Tempat: MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC)

No Booth: E130

Tarikh: 6hb hingga 10hb Mei 2009

Masa: 10.00 pagi - 7.00 malam

Masuk adalah PERCUMA



Sila click gambar di atas


Marvelcakes tidak menerima sebarang order pada 1hb hingga 12hb Mei 2009.

4 comments:

dba adnan said...

salam..penghantaran cup cakes ni around kl je ke..
i am staying in malacca..
if i order the cake online..
can u send it to malacca??tq

Coklat.my said...

Salam,
Buat masa ni, penghantaran cupcakes hanya di area KL & Selangor shj. Sebab cupcakes ni sensitif. senang rosak kalau hantar pakai courier.

Thanks ya.

Farah said...

hi, saya dah jumpa aimilia di MIHAS dan dah tengok sendiri coklat2 menarik marvelcakes. saya berminat untuk order cupcake/muffin untuk majlis cukur jambul pada 30 may nanti. harap boleh hubungi saya farahbeautystation@gmail.com. thanks!

Coklat.my said...

Hi Farah,
sila cek email ya

Thanks!