Wednesday, June 23, 2010

Grandeur Chocolate di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2010)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate akan menyertai pameran The 7th Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2010) yang diadakan di MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC). MIHAS 2010 dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Pameran MIHAS 2010 ini akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 23hb hingga 27hb Jun 2010 dan akan disertai oleh lebih 500 buah syarikat daripada lebih 20 buah negara.

MIHAS 2010 merupakan pameran Halal antarabangsa yang terbesar di dunia dan juga pameran makanan & minuman (F&B) yang terbesar di Malaysia, menjadi satu kemestian kepada para penggemar makanan Halal untuk mengunjungi pameran ini. Pelbagai jenis barangan & makanan Halal dijual di sini.




Tempat: MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC)

No Booth: G169

Tarikh: 23hb hingga 27hb Jun 2010

Masa: 10.00 pagi - 7.00 malam

Masuk adalah PERCUMA


Sila klik untuk besarkan

No comments: