Saturday, July 24, 2010

Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery di Promosi Kerja Kahwin 2010




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery akan menyertai Pameran Promosi Kerja Kahwin 2010 yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Pameran ini dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia yang berlangsung selama 10 hari iaitu dari 24hb Julai hingga 2hb Ogos 2010.

Kepada anda yang ingin melangsungkan perkahwinan bolehlah datang ke Pameran Promosi Kerja Kahwin 2010 kerana Grandeur Chocolate & Marvelcakes Online Bakery ada mengadakan promosi jualan dengan potongan harga menarik serta pakej kepada bakal pengantin.

Selain itu kami juga ada Coklat Raya yang dijual di Kompleks Kraf ini. Datanglah beramai-ramai ke Promosi Kerja Kahwin 2010.

Jumpa di sana ya!

Tempat: Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

No Booth: KM01

Tarikh: 24hb Julai - 2hb Ogos 2010

Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Masuk adalah PERCUMA

No comments: