Monday, January 19, 2009

Marvelcakes di Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009, Mid Valley Exhibition Centre


Photobucket


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera,

Marvelcakes Online Bakery akan menyertai Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-fest'09) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Bermula dari 22hb hingga 26hb Januari 2009. Kami berasa bertuah kerana dijemput oleh pihak YaPEIM untuk menyertai festival yang julung kali diadakan di Mid Valley Exhibition Centre.

Kepada pelanggan, berita baik buat anda! Marvelcakes telah melanjutkan tempoh Promosi Pameran Pengantin Malaysia 2009 sehingga 31 Januari 2009.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengunjungi booth kami di Ampang Point, anda boleh mengunjungi booth kami No. 2003 di Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC). Anda boleh membuat tempahan untuk majlis perkahwinan anda ketika mengunjungi booth kami.

Bukan itu sahaja, InsyaAllah ketika berlangsungnya i-ifest'09, kami akan membuka tawaran kepada semua yang ingin menjadi agen coklat. Purata komisen ialah 20% bagi setiap produk coklat yang dijual oleh agen.

Marilah beramai-ramai ke i-fest'09 dan rebut peluang keemasan ini!

Tema: Menggerak Potensi Memperkasa Ekonomi Ummah
Tempat: Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

No Booth: 2003

Tarikh: 22hb - 26hb Januari 2009

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Masuk adalah PERCUMA
Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (i-fest'09), sila click link di bawah:
http://yapeim.net.my/i-fest08/index.htm

Sila download senarai harga promosi Pameran Pengantin Malaysia 2009(harga sah sehingga 31 Januari 2009)




Pelan Mid Valley Exhibition Centre & Lokasi Booth Marvelcakes

No comments: